Rayaku

watch_later
Rayaku gumbira
terdetik tiba-tiba
saudara di Gaza dan Somalia
terasa sedih dan hiba
lalu ku mengharap supaya
mereka yang berguni harta
menyumbang pada mereka
sedikit makanan atau tenaga
pada yang upaya.

Aku memulakan
maaf-bermaafan
pada ayah dan bonda
kerna aku takut
dosa silamku pada mereka
masih tercatat pada buku
malaikat kiriku.

Solat rayaku tanda bersyukur
menjamah makananku tanda bersedih
kerana Ramadan telah pergi
takut tak kembali
kerna nyawaku tiada aku tahu.



sentiment_satisfied Emoticon