Sajak Bahasamu

watch_later
Aku meratapi sejarah purba,
terngiang-ngiang suara yang guna bahasa,
bahasa membawa ceria,
permainan mereka guna bahasa,
pantun, syair, hikayat,
dikir, yang sezaman dengannya.

Pecahkan reputasimu,
jangan hela nafasmu,
selagi kau tak syukur,
adanya bahasa bawa merdeka,
tugu-tugu itu malah bermadah,
ayuh serta sekali rakanku.

Jiwa santun anak dara,
mudah ternoda dari bahasa,
bahasa anak muda membawa petaka,
hancur segala wasiatnya,
hapus segala cerekanya,
maka serata petala mula mencemuh bangsa.

Lepaskan gerammu,
ambillah wuduk,
cuba ingat semula.





sentiment_satisfied Emoticon