Sajak Kita Sekeluarga

watch_later
Tanpa mereka tiadalah aku
itu ayah dan bonda
sering tercipta rasa gembira
bila berdamping jalan seiring
beri nasihat hingga air liur kering
tak apa asalkan keluarga.

Bertelagah takkan mengalah
muncul seorang datang beralah
takut-takut tambah masalah
cedera parah hati berdarah
lalu berhenti cuba berbaik
tanya sama pokok apa sebab goyang
tak apa asalkan keluarga.

Bila jauh rasa rindu
lihat tingkap lihat pintu
agar terbuka luas jiwaku
terima semua susah bersama
agar dingin cerah kembali
masing masing takkan umpama
melepaskan pucuk masing-masing
ayuh berkongsi
lekas berani
katakan saja kita keluarga.

Tak pernah rugi walau sezarah
dedaun melambai mengikut arah
tahu mana tempat berserah
tahu mana tempat mencuba
tahu mana tempat bersama
tahu mana tempat menyendiri
tahu mana tempat terdiam
tahu mana tempat berkata
tahu mana tempat baik
tahu mana tempat tak baik
tunjukkan saja kita keluarga.






sentiment_satisfied Emoticon