Sedikit Info Mengenai Power Rangers

watch_later
Power Rangers ialah siri program televisyen kanak-kanak Amerika terpanjang yang diadaptasi daripada siri bergenre tokusatsu Jepun, iaitu siri Super Sentai. Ia bukan sekadar alih suara bahasa Inggeris, tetapi juga merupakan produksi 'baru' dengan dibintangi barisan pelakon Amerika diselitkan dengan rakaman sebenar dari Jepun dalam beberapa babak. Disebabkan kebanyakan siri Super Sentai menampilkan imej Jepun, program buatan Amerika ini disesuaikan untuk penonton Barat; walau bagaimanapun, kebanyakan babak yang menampilkan watak berkostum dan robot (atau "Zords" dalam versi Inggeris) dialih suarakan.
Siri pertama yang memulakan francais Power Rangers ialah Mighty Morphin Power Rangers, mula ditayangkan sebagai sebahagian daripada rancangan-rancangan siaran saluran Fox. Ia berlanjutan selama tiga musim (1993-1996), paling popular dan yang terpanjang setakat ini. Francais ini terus berkembang dengan 17 musim untuk televisyen (pada 2007) dan dua filem.
Siri Power Rangers telah diedarkan oleh Saban Entertainment dari tahun 1993 sehingga hujung 2001 dan disiarkan di Fox sehingga 2002. Francais ini telah dibeli oleh Walt Disney Company pada 2001-2002, tetapi dibeli balik oleh Haim Saban pada tahun 2010.


Power Rangers Secara Am

Seorang Power Ranger ialah individu yang bertukar ("morph") daripada keadaan biasa kepada hero berkuasa tinggi dengan kostum berwarna, biasanya diperbuat daripada spandex dan helmet berkaca hitam (visor). Helmet biasanya digunakan untuk menjaga identiti rahsia seseorang.
Seorang Ranger yang lengkap bertukar kebiasaanya memiliki keupayaan, kekuatan dan kelebihan berlawan lebih hebat daripada biasa. Ranger yang tidak bertukar mungkin memiliki keupayaan kendiri seperti telekinesis, kelajuan, halimunan dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan kuasa Ranger yang dimiliki.
Power Rangers kelihatan biasa di sebalik sut mereka dalam bentuk Ranger atas sebab helmet mereka dibuka atau rosak dalam beberapa kejadian yang menonjolkan keadaan semula jadi mereka. Kecuali helmet, sut Ranger ini dipakaikan atau dilenyapkan dengan cahaya terang atau efek khas lain. Kadangkala, para Ranger bertukar semula ke bentuk asal secara tidak langsung (de-morph) disebabkan serangan kuat yang dialami.
Satu pasukan Power Ranger biasanya dianggotai lima orang dengan penyertaan Ranger keenam pada pertengahan siri. Setiap sut dan tenaga spektrum Ranger dipadankan pada warna spesifik seperti merah, kuning dan biru yang kemudiannya disertai warna merah jambu, hijau, hitam atau putih. Para Rangers biasanya dinamakan bersempena warna mereka (Ranger Merah=Red Ranger), tetapi beberapa nama lain juga digunakan. Kebiasaanya, tiada Ranger lain diberikan warna yang sama dalam satu pasukan, kecuali namanya berlainan daripada warna sedia ada (pengecualian ini berlaku pada pasukan Time Force Ranger, dimana ada dua Ranger merah iaitu Red Time Force Ranger dan Quantum Ranger).
Setiap kostum Ranger biasanya sama dari segi rekaan melainkan warna dan bentuk helmet (biasanya bentuk visor) atau pernomboran. Sebarang Ranger tambahan juga biasanya mempunyai tambahan pada kostumnya seperti kelengkapan senjata tambahan.
Ketetapan warna Ranger dilihat mempengaruhi gaya serta pemakaian pakaian biasa para Ranger dalam keadaan biasa di sepanjang siri, dimana warna pakaian mereka sepadan dengan warna Ranger mereka.


Susunan plot

Episod Power Rangers yang biasa boleh dipecahkan kepada sebuah plot yang komprehensif:
  1. Para Ranger dilihat menjalani kehidupan seharian dengan kejadian yang harus diselesaikan.
  2. Para Ranger diserang askar-askar penjenayah.
  3. Para Ranger berlawan menentang askar-askar penjenayah.
  4. Para Ranger bertukar.
  5. Para Ranger mengalahkan askar-askar penjenayah.
  6. Musuh jahat menguatkan tentera dan menjadikannya raksasa, diikuti dengan para Ranger memanggil robot-robot mereka (Zords) atau gabungan robot, Megazord.
    1. Pilihan: Para Ranger mendapati kuasa mereka tidak cukup untuk menewaskan musuh dan menemui sumber kuasa baru, atau Ranger keenam.
    2. Pilihan: Para Ranger mencari atau mendapat Zord baru, Megazord baru atau Ultrazord.
    3. Pilihan: Rakan-rakan muncul memberi bantuan.
  7. Para Ranger berlawan dan menewaskan raksasa.
  8. Para Ranger dilihat kembali seperti sediakala setelah mempelajari kesilapan yang telah mereka selesaikan.

 Elemen-elemen dalam setiap musim Power Rangers

  1. Power Rangers tidak dibenarkan mengguna kuasa mereka untuk kepentingan peribadi atau untuk mencetuskan pergaduhan.
  2. Power Rangers tidak akan menghancurkan raksasa kecil dengan Megazord sewenang-wenangnya.
  3. Power Rangers tidak dibenar mendedahkan identiti sebenar mereka (pengecualian berlaku dalam siri Power Rangers: Lightspeed Rescue, Power Rangers: S.P.D. dan Power Rangers: Operation Overdrive di mana mereka adalah pegawai awam seperti polis dan sebagainya).
  4. Senjata para Ranger diseragamkan seperti pistol laser atau pedang.
  5. Setiap Ranger juga dibekalkan set senjata yang boleh digabungkan untuk membentuk senjata yang lebih besar.
  6. Seorang atau lebih Ranger diberikan sebuah motorsikal untuk kegunaan jarak jauh.
  7. Setiap Ranger mempunyai dan memandu Zord masing-masing.
  8. Ranger merah biasanya diberikan kuasa/senjata tambahan seperti Battlizer.
  9. Kemunculan Ranger keenam pada pertengahan siri, atau penambahan ranger-ranger lain.
  10. Senjata dan Zords biasanya musnah pada penghujung musim, digunakan dengan kuasa penuh untuk menewaskan musuh utama.
  11. Kuasa Ranger juga musnah, disimpan atau ditinggalkan pada pengakhiran musim; walaupun sesetengahnya ada untuk kegunaan masa depan.
Siri-siri Power Rangers selepas Power Rangers: In Space memaparkan jalan cerita yang berlainan antara satu sama lain. Terdapat gabungan dua pasukan Power Rangers menentang kuasa kejahatan, di mana gabungan paling hebat setakat ini ialah gabungan 10 Ranger Merah dalam siri Power Rangers: Wild Force(episod Forever Red).

 Kepelbagaian dalam setiap siri

Perbezaan siri Power Ranger dan warna mereka ditentukan dalam setiap aspek bergantung kepada kesesuaian tema siri dan juga gambaran sebenar daripada siri Super Sentai). Beberapa pertukaran dan kepelbagaian dalam siri ini adalah:
  • Tema rekaan tahunan, sama ada diterapkan dalam siri atau tidak.
  • Bilangan Ranger pada permulaan dan pengakhiran siri.
  • Warna Ranger yang lain daripada warna asas, jika ada.
  • Jantina Ranger Kuning dan Biru.
  • Bilangan Ranger perempuan dan nisbah perbandingan dengan Ranger lelaki.
  • Susunan hirarki pasukan, penentuan Ranger mana menjadi ketua.
  • Cara penggunaan alat pertukaran (morpher) dan panggilan bertukar (morphing call).
  • Keanggotaan pasukan Ranger sebelum dan semasa siri berlangsung.
  • Kehadiran seorang mentor dan markas.
  • Hubungan satu atau lebih Ranger dengan musuh atau Ranger lain.
  • Sumber kuasa Ranger sama ada magis, teknologi atau kedua-duanya.

 Siri-siri Power Rangers

Musim Tahun Berdasarkan
Mighty Morphin Power Rangers 19931995 Kyōryū Sentai Zyuranger (Musim 1)
Gosei Sentai Dairanger (Musim 2)
Ninja Sentai Kakuranger (Musim 3)
Mighty Morphin Alien Rangers 1996 Ninja Sentai Kakuranger
Power Rangers: Zeo 1996 Chouriki Sentai Ohranger
Power Rangers: Turbo 1997 Gekisou Sentai Carranger
Power Rangers in Space 1998 Denji Sentai Megaranger
Power Rangers: Lost Galaxy 1999 Seijuu Sentai Gingaman
Power Rangers: Lightspeed Rescue 2000 Kyuukyuu Sentai GoGo-V
Power Rangers: Time Force 2001 Mirai Sentai Timeranger
Power Rangers: Wild Force 2002 Hyakujuu Sentai Gaoranger
Power Rangers: Ninja Storm 2003 Ninpuu Sentai Hurricaneger
Power Rangers: Dino Thunder 2004 Bakuryuu Sentai Abaranger
Power Rangers: S.P.D. 2005 Tokusou Sentai Dekaranger
Power Rangers: Mystic Force 2006 Mahou Sentai Magiranger
Power Rangers: Operation Overdrive 2007 GoGo Sentai Boukenger
Power Rangers: Jungle Fury 2008 Juken Sentai Gekiranger
Power Rangers: RPM 2009 Engine Sentai Go-onger
Power Rangers: Samurai 2011 Samurai Sentai Shinkenger

Warna

Sepertimana dengan siri Super Sentai, jadual warna sesebuah pasukan Power Rangers ialah berlainan sepanjang siri berlangsung.
# Siri Merah Kuning Biru Merah Jambu Hitam Hijau Putih Lain-lain
1 Mighty Morphin Power Rangers (Musim 1 & 2)

2 Mighty Morphin Power Rangers (Musim 2 & 3)[1]

3 Mighty Morphin Alien Rangers


4 Power Rangers: Zeo[2]

5 Power Rangers: Turbo[3]

6 Power Rangers in Space[4]

7 Power Rangers: Lost Galaxy[5]

8 Power Rangers: Lightspeed Rescue[6][α]

9 Power Rangers: Time Force[7][β]

10 Power Rangers: Wild Force[8]

11 Power Rangers: Ninja Storm[9][γ]


12 Power Rangers: Dino Thunder[10]


13 Power Rangers: S.P.D.[11][δ]
14 Power Rangers: Mystic Force[12][ε]
15 Power Rangers: Operation Overdrive[13]

Templat:Ent Ranger Titanium ialah Power Ranger asli pertama buatan Amerika untuk siri TV. Templat:Ent Dalam Time Force, ranger keenam, Ranger Quantum, mempunyai sut berwarna merah dibezakan dengan sut Ranger Merah melalui tona hitam dan panah. Templat:Ent Ninja Storm mempunyai warna Ranger Crimson dan Navy yang memakai sut tona gelap warna merah dan biru. Templat:Ent SPD termsuk sembilan ranger tambahan, bilangan akhir ialah 14 ranger, yang terbanyak dalam sejarah francais Power Rangers. Ranger Omega (bersut Putih) and Ranger Shadow (bersut Hitam keseluruhan) adalah karektor tetap, manakala Ranger Kat (bersut oren) and Ranger Nova (bersut perak) dilihat sekali sahaja. A-Squad S.P.D. Power Rangers memakai warna yang sama dengan pasukan utama. Templat:Ent Mystic Force mempunyai dua rakan yang tidak termasuk dalam skim warna asas Ranger. Solaris Knight memakai perisai emas diatas spandex biru tua dan Wolf Warrior berperisai merah gelap.

dipetik dari WIKIPEDIA......



sentiment_satisfied Emoticon