Lagu Layu

watch_later
Assalamualaikum dan apa khabar!!!!!
Ermmm,,,, dah sebulan aku bertapa di salah sebuah tempat berprestasi tinggi sampai tak sempat membuang ulat bulu yang ada atas tangan aku...
Perghhh,,,,, gatal!!!
Jadi untuk membuang rasa gatal tangan aku maka aku akan menuliskan sebuah lagu tentang masyarakat kita,,,,
seperti biasa sesiapa yang membacanya pandai-pandailah nak buat rentaknya....


Inilah orang yang layu
suka jatuhkan yang mendahulu
bukannya ingin melebih
tapi itu kelebihan
terkadang terjujur
nanti hatinya gugur
dalam hati ada dengki
ada cemburu di sini

Semua tak sempurna
aku, kamu, mereka
rasa tak percaya
cuba simpan dalam hati
jangan lepas cara ini

Bertambah kelayuannya
merasa diri tertipu
di atas percakapanku
aku tahu aku betul
terkadang nampak resah
kelilingnya masalah
tapi lepaskan amarah
pada aku yang parah

 Semua tak sempurna
aku, kamu, mereka
rasa tak percaya
cuba simpan dalam hati
jangan lepas cara ini

Inilah orang yang layu
makin suka tambah layu
tiada rasa nak maju
layulah dia terus layu
dan layu
dan layu



sentiment_satisfied Emoticon