Jemawa Manusia

watch_later
  Terserlah dendam menyerlah amarah.

Sepatah dibantah bagai di mahkamah.

Menyampahkan ku bagaiku sampah.

Tanda soal bermula.

Siapa ketua?

Siapa penjaga maruah?

Siapa baruah?

Jangan lagi ragu.

Aku pula yang malu.

Kau bagaikan pisau yang buatkan ku risau.

Kau terlalu melampau buat aku hirau.

Gelak kerna galak wahana ku ditemplak.

Takut sampai waktuku kena sepak.

Tapi kau hanya tahu lepak borak.

Kau hulur tangan kiri aku hulur tangan kanan.

Tersirat aku perli kau ku sedarkan.

Kau tak peduli malah kau lepas tangan.

Mata mereka menjeling fitnahnya menjenguk.

Aku cuma geleng dan angguk-angguk.

Kepalaku pening bagaikan dihantuk.

Jalanku seiring dengan prakarsa mengutuk.

Kau tetap baring walau batuk-batuk.

Integriti dalam prinsip itu bagus.

Namun kau dah gagal belum lulus.

Bawa diri sendiri hanyut dalam jerlus.

Kau kata ikut pegangan sendiri adalah harus.

Tetapi kita hidup bermasyarakat.

Mesti ada saja yang ingin lihat-lihat.

Kita tak perasan kalau tersesat.

Mereka yang cepat perasan kitakan terlambat.

Ceriteranya merekakan meluat.

Dengan perangai yang kau anggap hebat.

Sampaikah masa kau akan penat?

Sedarlah!

Terciptanya hari akhirat.

Di sana wujud penamat yang takkan tamat.

Ikutlah dua panduan lalu ibadat.

Hindarkan jasad dari maksiat.

Segala perkara baik mesti kau buat.

Tinggalkan segala yang sesat.

Sentiasa berhati-hati dan beringat.

Kita ada agama dan juga adat.

Mungkin bila kau jatuh.

Jiwa tersiksa lalu luluh.

Baru kau sedar dan patuh.















sentiment_satisfied Emoticon