Kitakah?

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 Dunia :)

Kali ini secara jujurnya ingin anda semua berfikir tentang antara sebab-sebab kehancuran.
Tidak kiralah kehancuran dunia, sosial, dan sebagainya.
Ayuh kita renung sejenak adakah kita antaranya?

kerana DUIT!

kerana SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN!

kerana SALING DENGKI-MENDENGKI!

kerana PERANGAI SENDIRI!

kerana NAMA, PANGKAT DAN DARJAT!

Itu semua dapat kita lihat secara mata kasar tak termasuk yang lain.
Banyak lagi sebenarnya tetapi saya rasa semua yang di atas merupakan penyebab major segala kehancuran.
Hal ini kerana, jika kita fikirkan secara mendalam kerana semua di ataslah kita sanggup mengabaikan benda yang baik dan mulalah untuk terjerumus ke arah kegelapan.
Punca segala kehancuran adalah kerana kita sendiri.
Kita yang menentukan segalanya.

Ya! Memang kita bukan manusia yang sempurna.
Oleh itu, kalau biarlah diri kita sendiri yang berubah jangan sampai mengharapkan orang sekeliling kita memaki hamun, mencaci, memerli, memarahi atau sehingga menganiayai kita semula.
Kita perlukan kesedaran diri maka janganlah asyik jari telunjuk menghala ke arah orang lain sedangkan kita sendiri yang bersalah.
Akan tetapi rasa bersalah juga menyebabkan kita jatuh dan sehingga hilang keyakinan diri.
Jadi jadilah manusia yang menjadi bukan menjadi-jadi.

Hidup perlu seimbang dan sentiasa membuat orang lain selesa.
Janganlah terlalu memikirkan tentang keselesaan dan kegembiraan kita sahaja sehingga menyebabkan ketidakselesaan orang lain.
Itu menyusahkan orang namanya!
Maka janganlah sesekali kita menyusahkan orang lain.

Selain itu, cubalah untuk menerima keadaan kita seadanya.
Janganlah terlalu merungut dengan kesusahan dan kesukaran yang kita sedang hadapi.
Janganlah asyik meminta itu dan ini sedangkan kita sendiri tahu kita tidak mampu.
Jika kita mencapai sesuatu kejayaan janganlah sesekali mengharapkan balasan daripada ibubapa kita sedangkan kita tahu mereka dalam keadaan yang susah.
Biarlah orang lain berjaya seperti kita namun mendapat hadiah atau ganjaran.
Biarkan sahaja!
Sesungguhnya kita berjaya untuk diri kita sendiri suatu hari nanti.
Kita tidak nampak apa yang kita perolehi kerana sesungguhnya yang menentukan rezeki itu adalah daripada Allah SWT :)

Teruskan berusaha untuk berjaya, gembirakan hati ibu bapa dan berperangailah baik!

#Cerminan diri#



sentiment_satisfied Emoticon