Bola dan saya

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Sebenarnya saya bukanlah seorang peminat fanatik pasukan bola sepak.
Saya 'suka gitu-gitu je' taklah terlalu fanatik macam penyokong penyokong lain.
Sebab lagi satu saya kaki bangku. Tak tipu!

Kalau EPL saya minat dengan satu kelab iaitu Chelsea Fc.
Saya minat sebab kelab ini taklah sehebat Manchester United tapi saya suka baca mengenainya di dalam surat khabar sebab kelab ini sentiasa cuba untuk bangun dan terus bangun stiap kali mereka jatuh.

Baru-baru ini sebanyak 8 gol telah diledakkan oleh 7 pemain berbeza.



Mungkin mereka nak balas dendam sebab kalah dengan kelab Mexico semasa pertemuan Piala Dunia Kelab :P

Kalau Liga di Sepanyol pula saya minat dengan Barcelona.
Mungkin sebab hantaran bola mereka yang memang sukar ditandingi oleh pasukan lain.
Paling hebat pemain mereka Messi.


Konklusinya, bukannya apa, saya bukannya seorang peminat bola sepak yang akan kedai mamak semata-mata nak tonton perlawanan tapi saya sebenarnya cuma teringin kalau-kalau pasukan Harimau Malaya kita setanding dengan kelab-kelab di luar lagi bagus negara seperti Sepanyol.

Dengan ini saya berharap semoga Malaysia akan dapat yang terbaik dalam Piala Asia dan mungkin kalau kita berjaya menempatkan diri sebagai juara semangat kita akan bertambah dan mungkin juga kita boleh melayakkan diri dalam Piala Dunia?

Mungkin?

Kita tidak tahu?

Sekolah ohh sekolah.



sentiment_satisfied Emoticon