Segmen Blog Chomel

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Sejujurnya saya rasa saya tak layak memasuki segmen ini tetapi dengan segala 'kechomelan' yang saya rasa tak comel namun dibatasi ruang-ruang masa yang tertutup oleh lelohong hitam yang mungkin tidak mampu disimpan di dalam pita video akan tetapi boleh diungkit melalui nilai-nilai nutrisi dalam sesuatu vaksin untuk membunuh racun-racun yang boleh merosakkan sel-sel neuron di dalam otak yang sedang kebingungan sambil daktil-daktil yang dijana oleh tulang-temulang yang boleh ditemui dalam buku biologi Tingkatan 5 seperti 'carpals', 'metacarpals' dan 'phalanges' dan lebih menakjubkan deria keenam kita adalah apabila kita sedang sakit hati melawan bias dan kias sesuatu perlian sehingga saya tertarik mengikuti segmen ini.
Konklusinya segala mukadimah di atas tiada kena-mengena dengan 'kechomelan' blog saya walaupun saya menaipnya tanpa kopi dan pasta oleh sesiapa pun kerana gear-gear di dalam otak ini sedang berfungsi untuk Merepek Untuk Hidup.

Masa adalah emas jadi marilah kita jangan membuang masa walau masa takkan dijual di kedai emas yang berhampiran dengan negeri yang anda sedang diami dan duduki.

Sebab-sebab blog Amir Khalis 'CHOMEL'!
→Dari atas hingga bawah:
-Kepala @ header yang dibuat adalah menggunakan Photoscape dan Paint manakala logo yang diambil adalah dari Photobucket dan apabila ianya dihitamputihkan melambangkan dunia ini memang dipenuhi dengan dua watak iaitu orang yang baik dan orang yang jahat dan sesungguhnya memang tiada kena mengena dengan kecomelan.
-Seluruh warna blog hanyalah warna putih dengan sedikit ramuan hitam dan biru yang memang menampilkan lagi ketidakcomelan blog ini.
→Segi pengisian:
- Semuanya mengenai apa yang disuka seperti menyokong muzik-muzik tempatan dan tidaklah secomel blog gadis-gadis lain yang meminati K-Pop.
-Minat menulis ayat-ayat pendek seperti puisi dan lirik lagu bukannya cerpen yang bercerita jiwang mengenai awek, makwe bagai sebab memang tak pernah ada jadi memang saya tak comel.
Tag kepada semua orang :P

JADI APA CHOMELNYA?
Saya berbadan chomel dan saya sangat sayangkan keluarga saya.
Asal 'chomel' merah jambu. 



sentiment_satisfied Emoticon