Tips oleh Imam Syafie untuk sihat!

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Ohh air mata yang berderai
siapa yang menghapuskan....
Hari ini ialah hari kedua terakhir di rumah,


esok...

esok...

Daftar masuk ke asrama,

esok...

Bermulalah sesi pembelajaran tahun akhir saya di sekolah menengah,

ini bermakna...

ini bererti...

akan ada satu peperiksaan yang besar,

Menentukan sesuatu,

hidup...

mati...

Tapi untuk menghadapinya kita perlulah badan sihat dan otak cerdas.

Mungkin tips oleh Imam Syafie ini boleh digunakan,

TIPS IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT:

Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata.
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis.
2. melihat orang dibunuh.
3. melihat kemaluan,
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.

Insyaallah,

doakan kejayaan 2013 saya,

saya doakan kejayaan anda semua,

semoga kita semua berjaya mendapat apa yang kita hajati,

amin ya rabbal alamin.

2013



sentiment_satisfied Emoticon