Kemungkinan Perasaanku Perasan

watch_later
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)



Kekotak plastik sekeping kaca
bercahaya cerita bersuara irama
meminta minda fikirkan semula
apakah benar segalanya
perasan kemungkinan.

Kekunci ditekan sambil meneka
sebelum masuk ruang maya
meminta minda fikirkan semula
apakah benar semuanya
perasan kemungkinan.

Terjadi tragedi tak disangka
meragut perasaan bernyawa
menerbangkan aku ke angkasa
menenggelamkan aku ke dasar
terkapailah aku ditengahnya.

Tak mungkin
perasan kemungkinan
kemungkinan perasaanku perasan.

Semoga kekal :)



sentiment_satisfied Emoticon