Bebelan Bermutu

watch_later
Assalamualaikum dan salam dunia siber :)

Sedang merangkak-rangkak di Tiub Awak saya pun melayanlah rakaman-rakaman ini.



OK! Jangan salah faham! -_-

Tiba-tiba saya nak tengok orang membebel melalui 'vlog'.


Rileks kak bawa bertenang, sebenarnya sejujurnya saya sebagai lelaki agak takut dengan 'perempuan' zaman kini yang bermacam-macam. Mungkin terbawa arus permodenan yang mencengkam dan menggugat kesopanan dan ketatasusilaan manusia. Sebab itulah kalau dah jumpa yang betul-betul baik, bertamadun, sopan, dan yang sewaktu dengannya saya tak akan.......... ok cukup.


Yupp! Agak benci, memang benci, dengan orang yang suka menunjuk-nunjuk. Sebagai seorang pelajar, saya bukannya iri hati tapi memang kurang suka kalau orang dapat markah tinggi 'sikit' cakap YESSS kuat-kuat, lepas itu pergi meja sana-sini tanya markah orang lain ( sambil tunjuk kertas dia ), paling geram kalau sampai tahap kutuk orang yang lagi rendah dari dia.Kenapalah dari sekolah rendah sampailah menengah ada sahajaorang sebegitu rupa? Walau bagaimanapun, saya selalu mengambil keputusan untuk diam tak kiralah terlalu tinggi atau agak rendah :)


Saya suka semua jenis muzik :)

Secara keseluruhannya, vlog merupakan antara medium penyampai apa yang ingin disampaikan.

Tiba-tiba teringat seseorang....

Dunia Tanpa Sempadan adalah umpama negara tanpa imegresen



sentiment_satisfied Emoticon