Pujangga - Jalin Jalis

watch_later
comment 2 Comments
Assalamualaikum dan salam seni warisan buat kesemuanya :)


Maafkan saya KR, PKR, KJ, PKJ dan seluruh warga Pujangga kerana tidak berjaya tahun ini.

Walau bagaimanapun, kami telah berjaya menyiapkan lagu yang asli ini dalam masa dua hari
berbanding rumah lain yang berbulan-bulan berhari-hari (mungkin?) :P

Terimalah lagu 'perpaduan' ini yakni Jalin Jalis :)



Penukang kata : Amir Khalis
Tenunan bunyi : Afi Hazim dan Ainuddin
---
Jangan pernah kamu curiga
jangan pernah kamu jemawa
kita satu kita sama 
ganding bahu sama irama

Aku aur kamu tebing
berat pikul ringan jinjing
kita satu sama ganding
kita perlu sama runding

Ooo... Ooo... Ooo... Ooo...

Analisis jangan kalis
bersebaris kita jalis
Tiada tragis hati terhiris
kan tertulis dunia manis
Jadi kikis rasa lindis
tangkis taksis demi jalis

Jalin
Jalis
Jalis

Tiada risi perhubungan
rabak hati disembuhkan
kita satu sehaluan
satu tuju sama sahutkan

---

Tahun ini semua rumah dianggap mencabar kerana Pujangga telah membuka dimensi baharu dalam puisi lagu tahun lepas. Masing-masing mula mengikut rentak kami untuk menenun lagu menggunakan pelbagai alat perkusi daripada elektronik sehinggalah tradisional. Tapi itu semua telah membuka mata dan menambah lagi kreativiti para peserta dalam masa yang sama menambah persaingan sihat :)

Paling penting!
Pujangga telah menggunakan melodi dan lirik sendiri tanpa menciplak bunyi lagu sedia ada dan menambah masuk lirik-lirik yang telah wujud.

Tepukan gemuruh kepada semua barisan Pujangga yang berjaya menyiapkan lagu hanya beberapa hari.
Saya selaku penukang kata dan bunyian awal manakala Afi Hazim dan Ainuddin masih ada untuk menggarap dan menambah baik secara sihat ke atas lagu tersebut.

Paling penting juga!
Penonton Pujangga turut sama memeriahkan untuk turut nyanyi bersama walaupun ada segelintir yang anti :(

Terima kasih semua :)

Juri kata lagu ini tak menepati tema :(    Terima kasih :)
avatar

Takpa , asalkan pujeng buat sendiri :) Original :D

delete 21 June 2013 at 13:54
avatar
Amir Khalis person



sentiment_satisfied Emoticon