Sisi Posisi : Sambung Kesinambungan

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Main tarik tali siapa kalah dia mati

tetap puas hati luka darah setiap jari
semangat tetap tinggi walau tumbang berkali
tidak bangga diri andai menang kali ini
tidak bangga diri andai kalah dalam misi
masih bervisi mengejar aspirasi
ujian terbesar yang akan menanti
harapan diri sendiri yang mesti dipenuhi
agar terbukti warga watan yang sejati.


Durasi lima minit dengan skrin separuh sahaja
jalin jalis pusaka praja jadi ayat penyata
tetap inderaloka persoalan tanda tanya
tanpa buang masa buka kamus dewan bahasa
rupa-rupanya inderaloka ialah syurga
belum puas hati walau ramai yang memuji
ramai berkenan hati dengan ilustrasi
walau cuma hitam putih ada nak membeli
malang edisi khas hanya untuk ahli
kalau mahu sangat kami buat lagi sekali


cuba lagi yang terbaik -ayahnda-



sentiment_satisfied Emoticon