bertapa di gunung hirimaulaya

watch_later
comment 2 Comments
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Sini bisjut dan royi tiada jadi nah habuk!

Hahaha dah berhabuk blog ini sebab aku bertapa di pergunungan merepek al mengarut.

Banyak segmen daku ikut
mengharap dapat walau satu
malang tiada paut sangkut
ucap tahniah dalam cemburu.

Huhu sedih tak pantun aku?

Hurmmm banyak lagi segmen dan GA jadi doa-doakanlah ya untuk aku.

Okay, topik lain! Tadi aku cuba-cubalah selongkar soalan-soalan ujian berkomputer. Keputusannya 70, 80, 74, 74, 84, 94, 80, 74. Untuk lulus kena melebihi 84%. Huhu baru aku tahu kenapa ada orang yang dah 20-an dan tak lupa juga yang 40 hingga 50-an ambil semula ceramah 5 jam kemudian ulang lagi ujian berkomputer. Jadi esok aku nak mencuba lagi dan mengharap Khamis ini berjaya dengan cemerlang.
 Amin.

Tak lupa juga mari kita sama-sama doa semoga semua pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM nanti akan diberikan kejayaan SPM, dunia dan akhirat. cuak wooo

Oh ya! Disepanjang ketiadaan aku nampaknya blog merepek untuk hidup dan Bolalol amat berhabuk jadi aku harap kawan-kawan dan sahabat baik hati untuk terjah-terjah blog-blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda selama ini *gaya MB bagi BR1M hahaha.

Kasihan golongan pertengahan tanpa BR1M
avatar

mmg ada gaya Mb nampak ny.. kehkeh..

delete 27 February 2014 at 15:23
avatar
Amir Khalis person

terima kasih manalah tahu satu hari nanti saya jadi PM kehkehkeh :D

delete 27 February 2014 at 17:30



sentiment_satisfied Emoticon