Sehebat Hollywood, Seseronok Bollywood

watch_later
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Kita selalu komen filem ini filem itu yang buatan Malaysia sering tidak mencapai kualiti berbanding kuantiti. Oleh sebab itu, penjualan filem luar negara lebih tinggi berbanding penjualan filem tempatan. Buktinya, cuba anda sendiri pergi ke pawagam antara filem Avengers dan Chikaro yang mana satu anda pilih?

Terserah.
Tapi pastinya anda takkan membazir tiket anda.

Bila aku tengok tv ataupun wayang aku terpesona dengan filem yang hebat dari luar negara.
Bukan kerana aku tak sokong filem tempatan cuma aku tengok ada yang lebih baik.
Kadang-kadang tu teringinlah jugak nak buat satu filem. Berkonsepkan sehebat Hollywood, seseronok Bollywood. Biar ada gaya, mutu, keunggulan.
Hahahahaha ini semua mimpi dan khayalan dan ilusi. Jadi kalau aku ada filem spesifikasinya begini:

1. Hero atau heroin mempunyai stail menarik dan tak gedik.


2. Mempunyai kesan khas hebat tanpa mekap tebal.


3. Skor muzik hebat beraliran tempatan.


4. Kesan bunyi mengagumkan sehingga dengar pernafasan.


5. Berlatarkan kampung bukan bandar ciptaan khayalan.


6. Watak orang sederhana atau miskin tanpa korporat keparat.


Aku rasa itu sahajalah. Yang penting aku kurang berminat kalau ada cerita yang ada perempuan gedik, jerit sana-sini, keturunan kaya raya sebab bolot harta, banyaknya korporat penipu, jalan cerita yang cliche, berfamili bajet orang barat, berparti sana-sini, tak langsung mencerminkan budaya kita.

Kalau difikirkan semula pujian harus diberikan kepada sutradara Mamat Khalid sebab aku rasa banyak-banyak filem mesti filem beliau akan mengetengahkan suasana tempatan dan akan mengimbau kenangan masyarakat seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Rock Oooo*suka sebut oooo.

Hahaha aku nak cakap banyak fasal filem pun aku bukannya tahu apa-apa tapi aku cakap berdasarkan penglihatan, minda, dan impian.

Bajet atau Kreatif?



sentiment_satisfied Emoticon