skrol klise

watch_later
Assalammualaikum dan hai!

Dah menjadi rukun hidup penduduk bumi.

Bangun pagi cari phone.

Mungkin di atas meja.

Atau di celah katil.

Atau lagi teruk; bawah katil.

Okay, mulakan pagi dengan menyekrol.

Facebook, Twitter, Instagram.

Kalau perempuan mungkin selfie dulu.

"Naked face without makeup" katanya.

Itulah permulaan hidup bagi zaman milenia.

Bermula pada 11.59 pagi.

"Bangun pagi juga tu" alasannya.

---

Aktiviti bermula.

Bergambar di dinding suci.

Bergambar sambil menutup mulut.

Menggambar air kopi mahal beserta nama.

Menggambar orang susah di tepi jalan.

---

Tapi tak ditolongnya pun.

Tak tau siapa yang mengemis.

Pengemis atau orang yang muat naik gambar.

Sebab macam mengemis like dan retweet.

"1 like 1 doa, 1 share 1000 doa."

"Komen Amin jika anda sayangkan ibu anda."

Belum cerita yang sanggup tayang lurah, longkang, parit.



sentiment_satisfied Emoticon